KITAB AD-DUUR AL-KAMILAH IBNU HAJAR MENGOMENTARI IBNU TAIMIYAH

Ana disini bukan Ahli Ilmu Dan Bukan Ahli sejarah dan Ahli Sanad.

Bukan untuk memfitnah dan bukan untuk mensalahkan secara pribadi.

karena ana orang yang ga punya ilmu..Alangkah buruknya ana bila mensalahkan secara pribadi terhadap ibnu taimiyyah yang ilmunya sudah mashur..

Tapi ana Hanya ingin berbagi dgn antum semua tentang Ibnu Taimiyah di mata Ibnu Hajar Al-Asqolani Sohibu Syarah Bukhori….dan para ulama lainya.

Didalam kitabnya yang berjudul ( الدرر الكاملة ) betapa seriusnya Imam ibnu hajar mengomentari ibnu taimiyah…sebagai contoh, bagai mana ibnu taimiyyah ini meremehkan atau menghina sahabat yang mulia dan yang telah di beri kabar gembira dg surga..

ذكر الحافظ ابن حجر العسقلاني – أن العلماء نسبوا ابن تيمية إلى النفاق لقوله في علي كرم الله وجه ما يأتي :
* إن عليا أخطأ في سبعة عشر شيئا خالف فيها النص .( الدرر الكاملة 1/155

Telah menceritakan Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqolani ” Sesunguhnya Para Ulama Telah menisbatkan (MENYEBUT) ibnu taimiyah kepada (GOLONGAN) orang2 munafiq karena ucapa beliau (ibnu taimiyyah) atas Ali “Sesungguhnya Ali telah Salah di 17 perkara Yang bertentangan dg nas (Al-Qur’an)

قال الحافظ في الدرر الكامنة(1/154) إن ابن تيمية خطأ عمر في شيء . وقال أيضا : إن عثمان كان يحب المال (1/155

Ibnu taimiyyah menyalahkan Umar dalah suatu perkara…dan berkata Ibnu taimiyyah “Sesungguhnya Usman mencintai Harta”

وعلي أسلم صبيا والصبي لايصح إسلامه على قول

Dan Ali Islam ketika dia kecil..Dan Anak Kecil itu tidak syah Islamnya..

وقال إبن تيمية بأن علي بن أبي طالب قاتل من أجل الرياسة لا من أجل الديانة

DAN Telah berkata Ibnu Taimiyyah Bahwa Ali berperang untuk kekuasaan/jabatan bukan untuk Agama..

Ibnu Taimiyyah Berkata : Dlam kitab Talbis Jahmiyah..Juz 1 halaman 101

وقال في كتابه بيان تلبيس الجهمية (1/101) ما نصه : “وليس في كتاب الله ولا سنة رسوله ولا قول أحد من سلف الأمة وأئمتها أنه ليس بجسم،

Dan tidak ada di dalam kitab Allah, dan sunnah Rasulnya dan juga Satu Ungkapan Orang2 Salaf dan Para imamnya…bahwasanya Allah itu bukan Jisim—->Ibnu Taimiyyah berpendapat Allah itu Jisim…

Juga masih di kitab ini Ibnu taimiyyah berkata masalah sifat wujud bagi Allah:

وان الموجود القائم بنفسه لايكون الا جسما وما لايكون جسما لايكون الا معدوما ومن المعلوم ان هذا اقرب الى الفطرة والعقول

Dan yang maujud binafsihi (Allah) itu tidak bukti kecuali itu jisim, dan sesuatu yang tidak berjisim itu tidak bukti kecuali diaa tidak ada..dan dari yang di ketahui, bahwa pendapat ini lebih dekat dengan kefitrahan (sucian) dan masuk Akal..

Padahal……….

Telah berkata Imam Syafi’i (RA):
قال الإمام الشافعي رحمه الله : ((من قال أن الله جسم لا كالأجسام كفر)) من الأشباه والنظائر للسيوطي

Barang siapa yang berkata sesungguhnya Allah itu jisim..tp tidak seperti majam-macam jisim, maka dia telah kafir..(dari kitab Asbah Wa Ndzair)

وجاء عند ابن حجر الحافظ بترجمته: «… فذكروا أنّه ذكر حديث النزول فنزل عن المنبر درجتين فقال: كنزولي هذا. فنسب إلى التجسيم»)
الدرر الكامنة ـ الترجمة 409، أحمد بن عبد الحليم بن عبد السلام 1/154

Dan telah menceritakan ulama-ulam sesungguhnya ibnu taimiyyah menerangkan hadits nujl…maka turunlah ibnu taimiyyah dari mimbar dua darjat dan berkata ibnu taimiyyah :” SEPERTI TURUNYA AKU INI” MAKA DISEBUTLAH DIA MUJASIM.

Tambahan :

“para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dg tajsim berdasarkan apa yg telah beliau tulis di dlm kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain2nya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bhw tangan, kaki, betis dan wajah adl sifat2 hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ ditas ‘arasy dg zat-Nya..”

Imam Ib Hajar menambah lagi:

“Dia dihukum dg munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..”

Katanya lagi:

“Ibn Taimiyah juga dihukum zindiq kerana berpendapat bhw tdk boleh beristhighathah (meminta pertolongan) daripada Nabi saw”

Di dlm kitab Fath al-Bari, m.s. 66, jld. 3 pula, beliau menegaskan:

“…Hasilnya, mereka telah berpegang dg pendapat Ibn Taimiyah ttg haramnya bermusafir utk menziarahi maqam Rasulullah saw dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk2 masalah yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah.”

(2) Imam al-Hafiz al-Zahabi berkata di dlm kitabnya Zaghl al-Ilmu, m.s. 23 (ulasan oleh Imam al-Kauthari, dicetak oleh percetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik):

“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yg telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tdk dipercayai antara kebenaran dg kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yg menerangi kehidupan, lebih2 lagi ttg al-Salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap gulita..”

(3) Imam Taqiyuddin al-Husni (pengarang kitab Kifayah al-Akhyar) berkata di dlm kitabnya “Daf’u Syabah man Syabbaha wa Tamarrad”, m.s. 123, (cetakan Isa al-Baabi al-Halabi) berbunyi:

“Syeikh Zainuddin Ibn Rajab al-Hanbali adl salah seorang daripada ulama’ yg menghukum kafir Ibn Taimiyah. Dia mempunyai penolakan keatas Ibn Taimiyah. Dia juga pernah mengangkat suara dg keras mengkufurkan Ibn Taimiyah di dlm beberapa majlisnya. Disamping itu, Imam al-Subki juga mempunyai hujah utk mengkufurkannya..”

Pada halaman yg lain, beliau mengatakan:

“banyak masalah2 yg dilakukan oleh Ibn Taimiyah menyimpang daripada kebenaran.”

(4) Imam al-Subki berkata di dlm kitabnya “al-Durrar al-Madiyah fi Rad ‘ala Ibn Taimiyah: “kesemua perkataan beliau diatas tadi berkenaan dg masalah usul merupakan kekufuran yg amat jelas disamping byk lagi masalah cabang yg lain.” Lihat al-Taufiq al-Rabbani karangan Jama’ah ulama’, m.s. 31.

(5) Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata di dlm kitabnya “al-Fatawa al-Hadithiyah” berbunyi:

“Ibn Taimiyah ialah seorg hamba yg dikecewa oleh Allah, disesatkan-Nya, dibodohkan-Nya, dibutakan-Nya dan dihina-Nya. Dg alasan inilah para ulama’ tampil utk menjelaskan betapa rosak keadaannya dan betapa dusta perkataannya. Sesiapa yg ingin mengetahui keadaan ini, maka hendaklah mengkaji perkataan Imam al-Mujtahid yg disepakati keimamamannya iaitu Abi Hasan al-Subki, anaknya al-Taj al-Subki, Syeikh al-Imam al-I’z Ibn Jama’ah dan para ulama’ lain yg sezaman dg mereka yg terdiri daripada al-Syafi’ieyah, al-Malikiyah dan al-Hanafiyah..”

(6) Imam Waliyuddin al-Iraqi berkata di dlm kitabnya “al-Ajubah al-Mardiyah an al-A’silah al-Makkiyah” [23] berbunyi:

“Syeikh Ibn Taimiyah sebagaimana yg diketahui, ilmunya mengatasi akalnya. Keadaan ini membawanya kpd ijtihad yg mencarikkan ijma’ dlm masalah yg banyak. Dikatakan mencapai 60 masalah.” “Dengan masalah tersebut, maka ramai orang memperkatakan ttg dirinya, mencela dan mengujinya. Para ulama’ yg sezaman dengannya pula segera tampil menolak pendapat Ibn Taimiyah menjelaskan kepincangannya dan membid’ahkannya.” Beliau mati di dlm penjara kerana perbuatannya itu. Penyokong2 Ibn Taimiyah menganggap bhw beliau adl seorang daripada ulama’ yg mengatakan dg tegas bhw tdk ada kemudharatan sekiranya terdapat perselisihan pendapat di dlm masalah furu’ jika perkara itu terhasil daripada ijtihad. Tetapi org yg berselisih pendapat dg beliau mengatakan bhw beliau bukan sahaja berselisih pendapat di dlm masalah furu’, bahkan byk lagi masalah2 usul yg bertentangan dg pendapatnya. Tdk semua perkara furu’ boleh berselisih apabila telah disepakati oleh para ulama’.

(7) Imam al-Kattani pula di dlm kitab “Fahras al-Faharis”, m.s. 201-2, jld. 1, mengatakan:

“Seburuk2 dan sejahat2 apa yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah ialah perkataannya terhadap hadith “turun Tuhan kita pd satu pertiga malam..” seperti turunnya aku ini.

(8) Imam Ahmad Muhammad al-Siddiq al-Ghumari di dlm kitabnya “Ali al-Imam al-’Arifin” menjelaskan sedikit sebanyak kedangkalan pendapat Ibn Taimiyah terhadap Sayyidina Ali r.hu. Pada m.s. 55, beliau menegaskan dg katanya:

“Apa yg telah dijelaskan oleh Ibn Taimiyah terhadap Sayyidina Ali r.hu itu menunjukkan bhw beliau seorang ketua munafiq pd zamannya.” Hal ini terbukti mengikut apa yg dijelaskan oleh Baginda saw kpd Ali r.hu di dlm satu hadith sahih yg diriwayatkan oleh Imam Muslim, maksudnya:

“Tidak ada org yg menyintaimu melainkan dia seorang yg beriman. Tdak ada yg membencimu melainkan dia seorang yg munafiq.”

(9) Imam al-Kauthari di dlm kitab “Maqalat” m.s. 35 menyifatkan bhw Ibn Taimiyah adl seorang pengikut Ibn Malikan, ahli falsafah yahudi apabiila beliau (Ibn Taimiyah) menisbahkan suara kpd Allah Swt dan pendapatnya yg mengatakan menjelmanya benda2 yg baharu pd zat Allah Swt. Pada m.s. 241 pula, beliau mengkritik tindakan Ibn Taimiyah yg menuqilkan hasil2 penulisan al-Mujassimah ke dlm kitabnya. Manakala pd m.s. 242 beliau mengemukakan beberapa contoh nuqilan Ibn Taimiyah yg menunjukkan kpd aqidah al-Tasybih.

(10) Syeikh Mansur ‘Awais pula menyifatkan pendapat Ibn Taimiyah ini lebih cenderung kpd tajsim. Sebagai contoh, di dlm kitabnya “Ibn Taimiyah Laisa Salafiyan” (Ibn Taimiyah bukanlah seorang Salafi, m.s. 216), beliau secara tegas mengemukakan satu bab yg khusus berbunyi “Ibn Taimiyah menuju ke arah tajsim.”

Sebenarnya byk lagi pendapat ulama’ dan hukuman yg dikenakan keatas beliau. Tetapi, sudah memadai dg beberapa ucapan yg jelas daripada ulama’ yg mu’tabar. Penjelasan Sultan Qolaawoon, perbicaraannya dg ulama’ di mahkamah sehingga beliau dihukum penjara, fatwanya tentang talak, serta fatwa dpd fuqaha mazhab yg empat cukup utk membuktikan kpd kita ttg kontroversinya.

Sungguhpun Ibn Taimiyah salah seorang ulama’ ahl al-sunnah wa al-jama’ah, namun kredibiliti beliau sbg seorang tokoh dipertikai oleh para ulama’. Bahkan mereka mengenakan hukuman yg berat thdp beliau. Hukuman yg sebegini pula tdk akan berlaku sekiranya berkisar ttg perkara yg kecil atau masalah furu’iyyah (cabang). Apa yg nyata, tentunya Ibn Taimiyah melakukan satu kesilapan yg amat besar sehinga beliau menerima hukuman yg sedemikian.

Namun begitu, dlm beberapa penilaian, kita akan mendapati penyokong Ibn Taimiyah tetap berpegang teguh dan ta’sub kpd pendapatnya. Manakala penentang beliau akan terus menentang kerana kebatilannya yg menyalahi ijma’ dan pandangan ulama’ besar yg lain.

Natijahnya, perlulah bagi kita membuat pertimbangan yg wajar antara pro dan kontra terhadap pemikiran Ibn Taimiyah utk mencari jalan penyelesaiannya. Masih ramai lagi para ulama’ muslimin yg mu’tabar utk diijadikan qudwah atau ikutan. Pendapat Imam Mujtahid Mutlak dlm mazhab yg empat amat sesuai dipraktikkan. Begitu juga dg kredibiliti dan kreativiti syeikh2 mazhab itu sendiri. Tinggalkanlah pembawa masalah dan pencetus kesamaran kerana aqidah itu perlu dibina diatas dasar yg mantap. Hal ini penting supaya kekuatan dalaman kita dpt dicernakan bagi menyemarkkan kefahaman yg mampan dan semangat jihad dlm saf perjuangan Islam.

Ini Adalah Nukilan Ane dari kitab-kitab. Seandainya ibnu taimiyah di ceritakan bertaubat pada tahun 707 dan bermadzhab asyari dari tahun 707 hingga wafat 728..tp anehnya para pengikutnya membantah dengan alasan ibnu taimiyah masih mengarang kitab-kitab yang menetapkan pendapatnya..Wallahu a’lam

Oleh : Ibnu Rasyid Rahmatulloh

 

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s